October 11th, 2009 hilfi
-SALAM WBT-

SUMBER
Subahanallah, siapa sangka, 3 siri gempa bumi yang berlaku di Indonesia awal bulan ini mempunyai bacaan hikmahnya yang tersendiri. Berikut saya petik maklumat berkaitan Waktu Gempa dan Ayat Al-Quran yang diturunkan lebih 14 abad yang lalu khusus untuk mengingatkan manusia yang sering leka.
(1) Gempa di Padang, 30 September 2009, Jam 1716 (SUMBER)
(2) Gempa Susulan, 1 Oktober 2009, Jam 1758 (SUMBER)
(3) Gempa Baru di Jambi (180 Miles from Padang) Jam 0852 (SUMBER)
Apa firman ALLAH SWT?
17.16 (QS. Al Isra’ Ayat 16) Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
17.58 (QS. Al Isra’ Ayat 58) Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz)
8.52 (QS. Al Anfaal Ayat 52) (Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.
(SUMBER)
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa awal bulan ini di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kederhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya.
Buat renungan diri ini dan sahabat-sahabat.
(ERAMUSLIM)
Posted in Perkongsian | No Comments »
May 6th, 2009 admin

SALAM WBT
2 tahun sudah, sebelum kaki ini menjejakkan kaki ke bumi UK, sempat salah seorang chalet-mate saya, Rahmad berpesan, “MOC ni bagus, macam-macam ilmu kita boleh kutip. Senior pun ramai yang hadir utk memberikan sokongan”. Kata-kata itu tidak terhenti begitu sahaja, dan ianya diterjemahkan sebagai batu loncatan untuk saya tidak terlepas dari menyertai MOC selepas tamat Kolej nanti.
Tak berniat utk menulis panjang pun utk post kali ni, tapi suka utk saya tegaskan di sini, Muslim Overseas Camp (MOC) anjuran MUSCOM KYUEM dan juga INTELEK, merupakan satu program yang telah mengubah paradigma saya sebagai bakal pelajar universiti luar negara. Kemana sebenarnya hala tuju kita? Apa sebenarnya matlamat kita? Untuk apa kita buat semua ini? Kemanakah kita selepas tamat belajar nanti? dan persoalan paling penting yg membuatkan jiwa saya terus terusik adalah “Adakah sama hamba Allah yg ke luar negara dan yang tidak ke luar negara??!!”
Alhamdulillah, tahun ni, buat kesekian kalinya (brp kali dah ek MOC ni?), MOC akan dianjurkan. 2 tahun lepas, saya sebagai peserta, tahun lepas sebagai Fasi, dan tahun ni sebagai “pemerhati” yang akan terus memberikan sokongan dan dorongan kepada adik-adik yang akan menjayakannya. Semoga MOC kali ini akan lebih byk melahirkan para pelajar yang JELAS MATLAMAT HIDUP dan yang bersedia untuk menyumbang demi masa depan agama mereka, insyaAllah.
Di atas tu, sy letakkan iklan rayuan sumbangan derma untuk MOC kali ni. Sumbanglah walaupun sedikit, kerana program sebegini merupakan platform melahirkan lebih ramai pelajar-pelajar yg berkualiti seterusnya diterjemahkan sebagai generasi warisan Islam di tanah air kita Malaysia. InsyaAllah, saham yang kita laburkan ini akan berkembang biak, menjadi satu nilai yang tidak dapat diukur banyaknya di sisi ALLAH SWT.. Wallahu a’lam.
Wan Ahmad Hilfi Hj Wan Ahmad Junaidi
8th Batch of KYUEM
Posted in Perkongsian | No Comments »
April 29th, 2009 admin
Ada orang,
Dulu, hidup penuh jahiliyyah, bila tersedar terus ligat sana sini ingin berdakwah.
bukan apa, bukti syukur dan sayang ummat.
Ada orang..
sayang dakwah tapi masih cintakan jahiliyyah
bukan apa, kene tadarruj
tapi mujur amal dakwi masih meneguhkan dia disini.
Ada orang..
sedap memberi ceramah
liqa’nya menarik dan menolak
bukan apa, banyak ilmu ditimba dan luas pengalaman di medan
tapi sayang, ghurur dan ujub menguasai diri,
takut-takut nanti tergelincir di tengah jalan.
Ada orang..
di mana daurah di situ mukanya
di mana mukhayyam di situlah dia
di mana mabit disitu tidurnya
kemana sahaja pasti ada dia
tidak perlukan dia pun masih ada dia
bukan apa, sayang sangat pada tarbiyyah
tapi sayang di medan longlai dan lesu
ke sana kemari hanya kerana suka
juga kerana semangat berpersatuan.
Ada orang..
dulu ligat
kereta hijau di belasah sekuat mungkin
bilik-bilik kosong digegarkan dengan liqo’
surau-surau menjadi saksi pertemuan kasih
tapi sayang
segalanya hanya sejarah
tapi mengapa?
Ada orang..
Ada orang..
Ada orang..
Jangan lupa kita juga orang..
Jangan lupa hidayah bukan milik orang..
Tentunya Allahlah yang memilih orang..
Adakah kita layak?
Untuk dipilih dan terus dipilih.
Satu langkah ke arah mungkar, akan ditambah beberapa langkah lagi.
Bila berpaling ke belakang sudah jauh berjalan rupanya.
Tapi tika dan saat itu, takut sudah letih berjalan untuk berpatah balik.
Jadi AWASI syaiton sekeliling!
Gigit kuat-kuat hidayah ini..

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
:: Al-A’raf, Ayat 175 ::
Andai kau buka pakaian tarbiyyah ini
Syaitan menerkam memeluk kau erat!
Siapa rugi?

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
:: At-Taubah, Ayat 39 ::
Tak pa..
pergilah jauh-jauh
seandainya hidup dunia itu yang engkau pilih
pastinya dakwah ini ada penggantinya.
Jika kita buka peluang…
untuk Orang lain..
Ihsan seorang sahabat dari Manchester melalui emelnya bertarikh 28 Arpil 2009, semoga Allah merahmati beliau
Posted in Perkongsian | 3 Comments »